Ahad, 7 Ogos 2011

tepung pelita yg tak menyala


sempena ramadhan ni. aku nak share (gambar je la) kuih kegemaran aku untuk berbuka. Banyak la kalau nak senaraikan tapi ini kira yg pertama sebelum nombor satu lah. Tepung Pelita. Nama pun dah klasik dan sedap.haha..Aku malas nak share resepi ke apa, sebab itu boleh tanya chef google la kan. Aku nak share cara menikmatinya je. haha, aku taulah semua orang pun tau bab makan! Ak suka taruk dalam peti ais kasi sejuk-dingin. Rasa lemak berkrim dengan manisnya tu kalau disejukkan, pehhhh! memang lap keyboard punya!meleleh saliva. Bagi akulah kan, kalau makan dalam keadaan jisimnya yg terbiar cmtu je (tak sejuk) memang tak berapa sedap dan menyengat la. Lebih kurang makan KFC dengan sos cap lada la.hahah! kat kg aku ni ada mak cik yg tepung pelita hasil tangannya (aku yakin dia guna tangan) memang hensem! Dalam banyak2 mak cik penggiat kuih-muih yg ramai tu, aku tabik tanpa henti mak cik ni punya tepung pelita je. tapi semenjak tahun lepas rasanya, dia dah bersara daripada arena ini. mak cik, saya kecewaaaaa! aku pun tak tau kenapa, mungkin menumpukan kepada keluarga dan amal ibadahnya. Alhamdulillah. Ya, saya tanpa segan silu mengiktiraf tepung pelita mak cik Jue adalah yg terbaekkkkk setakat yg pernah saya rasa (turut diakui oleh penggemar tepung pelita lain juga). Kirim salam anak dara mak cik ye.hahaha!

p/s : nama lain bagi tepung pelita ialah limas. aku tak tahu siapa lagi panggil limas gak. setakat ni aku dgn famili aku je yg aku tau.hahahah!

mula-mula

mula-mula aku nak lap peluh kat dahi sebab sikit punya lama baharu boleh buat ini blog. Harry Potter betui la. macam biasalah kan, bila menghadapi kesulitan dalam apa jua perkara mesti cari alasan dan benda lain nak dipersalahkan.hahaha.. sendiri buta IT, salahkan google pulak! Rajin sangat nak ada blog jugak! yelah, sekarang kan bulan puasa, dalam keadaan menganggur pulak tu. Banyak la masa untuk menulis dan masa yg banyak ni juga buat aku banyak berfikir. Lebih baik melempiaskan (amboi, bahasa!) buah fikiran kat tempat yg sepatutnya kan? Boleh juga budak-budak U buat rujukan buat tugasan.kikiki...
ok, ini blog laki-laki jadi harap maaf kalau tulisan buruk dan bahasa kurang cantik (sinonim ke dengan lelaki?).
Tulisan dan isu juga dikupas melalui sudut pandang seorang lelaki. Bukanlah mewakili kaum lelaki tapi sekurang2nya daripada seorang aku yg masih lelaki.haha!